Sunday, 14 December 2014

PERANAN IBU BAPA MENYEMAI AMALAN BERJIMAT CERMAT DALAM KALANGAN ANAK-ANAK....

  Dalam era pascakemerdekaan ini, imej negara tercinta kita semakin harai semakin disanjung tinggi di persada dunia. Pembangunan secara global yang dialami oleh negara kita menyebabkan kita berasa gah dan membolehkan kita menikmati kemajuan tersebut. Namun begitu, masyakat kita acap kali tersentak apabila pihak media massa sering memaparkan kenaikan harga pada dada-dada akhbar dan disiarkan melalui media elektronik. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat cermat semasa berbelanja amat penting diterapkan dalam kalangan generasi muda memandangkan golongan ini sering dikaitkan dengan sikap boros ketika membeli-belah. Dalam hal ini, ibu bapa harus turun padanng bagi mengambil usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat dalam kalangan anak-anak.

  Antara usaha dominan yang pragmatik untuk menyemai amalan berjimat cermat dalam diri seseorang termasuklah ibu bapa harus menerapkan didikan agama dalam kalangan anak-anak. Hal ini demikian kerana, setiap agama menuntut umatnya supaya mempunyai nilai-nilai yang baik termasuklah amalan berjimat cermat. Selain itu, didikan agama turut membolehkan seseorang menaakul baik buruk tindakannya, terutamanya dalam aspek perbelanjaan. Maka, anak-anak akan sentiasa bersikap selaras dengan peribahasa, 'beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis'. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus memberi didikan agama yang sempurna baik secara formal mahupun secara tidak formal. Dengan pendidikan agama, anak-anak akan lebih didedahkan dengan cara-cara membuat perancangan sebelum membeli-belah kerana 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Malahnan, anak-anak akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak bersikap boros yang dianggap sebagai amalan syaitan dalam sesetengah agama. Deduksinya, didikan agama harus diterapkan dalam sanubari anak-anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat.

  Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana, apa-apa perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah ank-anak. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya' dan 'bapa borek, anak rintih'. Sejajar dengan itu, anak anak selalu membuat pemerhatian terhadap cara ibu bapa berbelanja. Maka, ibu bapa haruslah mencerminkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja dengan meungutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan harian serta tidak membeli barangan mengikut perasaan kerana 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'. Malahan, ibu bapa harus memberi keutamaan kepada produk tempatan yang lebih murah dan bermutu tinggi daripada produk import. dengan demikian, ibu bapa dapat mempamerkan sikap berjimat cermat di sampin memberi sambutan kepada produk tempatan. Hal ini seumpama peribahasa 'serampang dua mata'. Tuntasnya, ibu bapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak-anak bagi memupuk amalan berjimat cermat.

  Bukan itu sahaja, ibu bapa turut perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak ketika berbelanja sebagai usaha menyemai amaln berjimat cermat. Malahan, hal ini perlu dilakukan apabila anak-anak masih kecil lagi bak kata pepatah 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus mendedahkan anak-anak kepada cara membeli-belah secara bijak. sebagai analoginya, cara-cara . membandingkan harga barangan sebelum membeli. hal ini demikian kerana, harga sesuatu barang berbeza-beza mengikut lokaliti tempat. Contohnya, harga barangan di kedai kecil jauh lebih murah berbanding dengan kompleks beli-belah bertaraf lima bintang. Selain itu, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya membeli produk yang bermutu dan harganya berpatutan. Dengan demikian, anak-anak yang setampuk darah, setahun jagung dapat mengadaptasi amalan berjimat cermat semasa berbelanja di samping dapat mengelak diri daripada diseleweng oleh para peniaga.

  Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat semasa berbelanja dengan memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini demikian keran, menurut pakar psikologi, anak-anak yang masih muda tidak boleh dipaksa bagi mengamalkan sesuatu amaln. Sebaliknya, anak-anak perlu diberi kesedaran bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam diri seseorang. Malahan, anak-anak perlu didedahkan kepada kesan-kesan buruk jika seseorang itu bersikap boros ketika berbelanja. Secara langsung, anak-anak dapat mengetahui cara-cara membeli barangan secara berhemat kerana 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Di samping itu, anak-anak dapat memastikan kehidupan yang bahagia dan tidak akan berhutang keliling pinggan. Tegasnya, ibu bapa harus memberi mesej yang jelas kepada anak-anak melalui kesedaran berbelanja secara berhemat.

  Sebelum menyentuh konklusi, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, anak-anak lebih mudah dipengaruhi dengan segala tindakan rakan sebaya yang mempunyai prinsip, identiti dan persepsi yang sama. Namun begitu, status ekonomi setiap individu berbeza. Walau bagaimanapun, anak-anak yang masih tidak dapat membezakan antara kaca dan permata akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan kawan yang kaya dan suka berbelanja mewah. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menanam sikap 'mengukur baju di badan sendiri' sebagai prinsip hidup dan menerangkan status ekonomi keluarga supaya anak-anak dapat mengetahui cara-cara berbelanja mengikut kemampuan. Malahan, anak-anak dapat hidup dengan sejahtera pada masa hadapan tanpa sebarang masalah ekonomi keluarga. Jelaslah bahawa, ibu bapa harus mengawasi pengaruh rakan sebaya terhadap anak-anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara hemah.

 Kesimpulannya, ibu bapa sebagai individu yang terdekat dengan anak-anak perlu memikul tanggungjawab bagi menyemai amalan berjimat cermat dalam sanubari anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang diibaratkan sebagai insan kerdil ciptaan Tuhan merupakan tunjang negara yang harus mengenggam amalan berjimat cermat. Jika tidak. anak-anak akan dibelenggu oleh pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Maka, sebelum nasi memjadi bubur ibu bapa harus peka dalam usaha menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalang anak-anak.

2 comments: